Produk atau Pengurusan?
Sekiranya berminat untuk menceburi bidang perniagaan, peluang memang sentiasa ada dan terbuka luas. Dengan peningkatan pasaran sekarang, anda boleh memilih apa saja produk untuk dipasarkan atau boleh juga terlibat sama dalam pengurusan sekiranya ada produk sendiri, ada modal sendiri atau boleh juga mewujudkan perniagaan perkongsian sesama ahli keluarga, rakan dan/atau pihak ketiga.
Sekiranya berminat untuk menceburi bidang perniagaan, peluang memang sentiasa ada dan terbuka luas. Dengan peningkatan pasaran sekarang, anda boleh memilih apa saja produk untuk dipasarkan atau boleh juga terlibat sama dalam pengurusan sekiranya ada produk sendiri, ada modal sendiri atau boleh juga mewujudkan perniagaan perkongsian sesama ahli keluarga, rakan dan/atau pihak ketiga.
Antara produk yang boleh diniagakan (Gambar Hiasan) |
Biasanya anda akan memilih produk-produk yang serasi dengan minat dan pengetahuan anda tentang produk tersebut. Sekiranya minat dengan tudung, anda mungkin menjual tudung; sekiranya minat dengan produk kesihatan, anda akan memasarkan produk kesihatan atau mungkin anda berpengetahuan tentang produk komputer dan alatan-alatan tambahannya, tentu anda akan memilih produk ini. Begitulah seterusnya dengan produk-produk yang lain. Keserasian dan minat menjadi faktor penentu untuk anda membuat pilihan.
Pun begitu, sebelum memulakan perniagaan, anda perlu mengambil kira tentang syarikat pembekal dan pengurusannya juga. Adakah pihak pengurusan mampu untuk membekalkan produk pada bila-bila masa? Bagaimana pula cara belian, cara pembayaran, diskaun, komisyen dan bonus dikendalikan? Bagaimana dengan sokongan, latihan dan sebagainya?
Tentu saja sekiranya anda dapat produk dan pengurusan yang baik, ia akan memudahkan urusan perniagaan anda. Tetapi bukan sedikit yang mengalami pengalaman mendapat produk yang bagus tetapi pengurusan bermasalah dan pada ketika yang lain mendapat sokongan pengurusan yang baik tetapi produknya hanya biasa-biasa sahaja. Jika salah satu menjadi pincang, anda tentu memilih mengikut keutamaan anda menceburi perniagaan tersebut.
Pengurusan harus ada hala tuju yang jelas |
Sekiranya anda mementingkan produk dan perkhidmatan selepas jualan sebagai keutamaan dalam perniagaan anda, mungkin kekurangan dan kelemahan pihak pengeluar atau pengurusan, boleh dirundingkan kemudian.
Tetapi sekiranya wang menjadi keutamaan anda melibatkan diri dalam perniagaan, keupayaan pihak pengurusan pasti menjadi faktor penentu sebelum anda menceburi perniagaan tersebut.
Walau apapun pilihan yang ada, kejujuran dan amanah kepada pelanggan wajib menjadi teras dalam perniagaan anda. Banyak contoh yang menunjukkan, kejayaan seseorang dalam perniagaan bukan saja kerana produk atau pihak pengurusan, tetapi kepercayaan bakal pelanggan kepada peniaga itu sendirilah yang akan menghasilkan jualan, kejayaan dan kekayaan.
No comments:
Post a Comment