Tinggal dengan keluarga atau sewa rumah lain?
Perkahwinan merupakan pengakhiran kehidupan orang bujang dan menjadi permulaan hidup berkeluarga bagi pasangan lelaki dan perempuan. Bagi orang Islam, ia merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam kehidupan di zaman yang semakin canggih sekarang, banyak sebab yang menghalang pembinaan kehidupan berkeluarga ini di usia yang sepatutnya. Halangan-halangan ini, bukan saja menambahkan lagi bilangan orang bujang tetapi juga menyebabkan penambahan gejala sosial yang semakin meruncing, perlakuan seks bebas dan kes buang bayi yang semakin meningkat dari masa ke semasa dan lain-lain lagi.
Untuk mengadakan majlis perkahwinan itu sendiri memakan beberapa proses tertentu yang melibatkan kos yang tinggi. Dengan acara meminang, majlis pertunangan, akad nikah, malam berinai sehinggalah majlis jamuan, semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit, walaupun tidak perlu, sebenarnya.
Dengan kos taraf hidup yang semakin tinggi, harga barang keperluan yang semakin meningkat dan wang yang semakin rendah nilainya, menjadi tambahan kepada faktor penyebab bagi anak-anak muda ini terpaksa melewatkan perkahwinan mereka.
Antara sebab lain, terpaksa keluar dari rumah keluarga didiami selama ini dan perlu menyewa rumah lain, yang tentu saja kadar sewanya yang semakin mahal, dengan kos utiliti seperti letrik, air, telefon, penyelenggaraan, cukai dan bermacam kos lagi, yang memeningkan.
Kebanyakan ibu bapa sering mengesa anak-anak muda ini, mencari rumah sewa terlebih dahulu, sebagai persiapan awal, sebelum mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka. Mereka siap memberi contoh bahawa mereka juga keluar dari rumah dan tinggal di rumah yang lain, sejurus selepas majlis perkahwinan mereka dahulu.
Apa kata, perkara seperti ini kita ubah. Beri sokongan kepada hasrat mereka untuk berumahtangga dan cadangkan mereka tinggal bersama keluarga dahulu.
Dengan cara ini, kita bukan saja dapat mengenali ahli baru keluarga kita iaitu menantu kita, tetapi dapat pula membantu pasangan pengantin ini mengurangkan bebanan mereka juga.
Dengan masa dan ruang tertentu, mereka sendiri tentu akan menyewa rumah lain atau membeli rumah mereka sendiri di kemudian hari, mengikut kemampuan mereka dan berpindah keluar dengan kerelaan mereka bagi mengharungi kehidupan berkeluarga yang sebenarnya.
Perkahwinan adalah Sunnah |
Untuk mengadakan majlis perkahwinan itu sendiri memakan beberapa proses tertentu yang melibatkan kos yang tinggi. Dengan acara meminang, majlis pertunangan, akad nikah, malam berinai sehinggalah majlis jamuan, semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit, walaupun tidak perlu, sebenarnya.
Dengan kos taraf hidup yang semakin tinggi, harga barang keperluan yang semakin meningkat dan wang yang semakin rendah nilainya, menjadi tambahan kepada faktor penyebab bagi anak-anak muda ini terpaksa melewatkan perkahwinan mereka.
Antara sebab lain, terpaksa keluar dari rumah keluarga didiami selama ini dan perlu menyewa rumah lain, yang tentu saja kadar sewanya yang semakin mahal, dengan kos utiliti seperti letrik, air, telefon, penyelenggaraan, cukai dan bermacam kos lagi, yang memeningkan.
Kebanyakan ibu bapa sering mengesa anak-anak muda ini, mencari rumah sewa terlebih dahulu, sebagai persiapan awal, sebelum mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka. Mereka siap memberi contoh bahawa mereka juga keluar dari rumah dan tinggal di rumah yang lain, sejurus selepas majlis perkahwinan mereka dahulu.
Apa kata, perkara seperti ini kita ubah. Beri sokongan kepada hasrat mereka untuk berumahtangga dan cadangkan mereka tinggal bersama keluarga dahulu.
Tinggal dengan keluarga atau cari rumah sewa? |